#SENSASI PANAS~'Bonda Ratu" Ditahan Polis Melaka

JASIN: Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'Bonda Ratu' ditahan polis pada Khamis bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf yang dijadual diadakan di Sungai Rambai di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata wanita berusia 40-an itu ditahan bersama suaminya juga berusia 40-an di kediaman mereka di Sungai Rambai kira-kira 2 petang Khamis.

Beliau berkata polis menyiasat kes itu setelah menerima laporan daripada orang ramai yang menerima jemputan ke majlis 'Penganugerahan Salasilah Keturunan Raja Tiang Bongkok Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti' pada hari itu.

"Kami buat serbuan (ke rumah suspek) dan beberapa peralatan dirampas untuk siasatan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Sampornak berkata polis masih menyiasat perincian majlis itu termasuk anugerah yang hendak diberikan individu itu, dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri majlis itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan jalan samaran. - BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: