#SENSASI~DBP Cetak Semula Buku Teks Sejarah Tahun 6 Kerana ‘Melaka’

BUKU teks Sejarah Tahun Enam akan dicetak semula berikutan wujud kesilapan kedudukan Melaka dalam peta Malaysia yang diletakkan di kawasan pantai timur iaitu bahagian atas Terengganu.

Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan, proses percetakan semula buku teks ini akan menelan kos sebanyak RM3 juta.

“Sesebuah buku teks akan melalui jabatan-jabatan yang berbeza sebelum produk akhir dihantar kepada Kementerian Pelajaran untuk kelulusan. Ia kemudian dicetak dan diedarkan,” katanya.

Lebih 400,000 naskhah buku teks terpaksa dicetak semula dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kesilapan yang berlaku itu.

Selain itu, DPP turut memberi jaminan bahawa buku teks Sejarah cetakan semula itu dijangka bakal diedarkan ke sekolah selewat-lewatnya pada 31 Januari 2016.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: