#TERMAHAL~Trak termahal di dunia milik Sultan Johor dilaporkan telah berada di Johor

Gambar trak Mack yang dimuat naik dalam laman Facebook ‘Penyokong Setia Johor’.

JOHOR BAHRU - Trak termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan telah berada di negeri ini.

Gambar dan video trak Mack yang sebelum ini mendapat perhatian umum masyarakat dunia itu mula dimuat naik di laman sosial oleh orang ramai yang terserempak dengan kenderaan yang dianggarkan mencecah RM1.4 juta.

Video berdurasi 47 saat itu mula dimuat naik di laman Facebook ‘Penyokong Setia Johor’ yang sempat merakamkan ‘Mack’ diiringi polis pengiring sejak 8 malam, Rabu lalu.

Malah gambar trak tersebut juga dimuat naik ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak tidak diketahui lokasinya, juga seakan mengesahkan 'Mack' telah berada di negeri ini.

Oktober lalu, majlis penyerahan trak tersebut berlangsung di Dataran King George di Brisbane yang dibuat khas, didedahkan Naib Presiden Mack Trucks Australia, Dean Bestwick dengan ciri eksklusif yang tidak akan didapati dalam trak Mack yang lain.

Antara ciri eksklusif yang dimaksudkan ialah enam kamera litar tertutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku dan katil kelamin, selain tempat duduk yang dijahit dengan benang emas.

Trak berwarna merah, biru dan putih dibeli oleh baginda sultan di Australia, difahamkan pada asalnya berwarna putih, namun diubahsuai mengikut permintaan tuanku yang melambangkan Bangsa Johor.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: