#KOLEKSI RESIPI~ Apam Jagung Kukus

Bahan-bahannya: ( 20 biji acuan apam kecil )

● 1 cawan tepung gandum (100g)

● 1 camt. baking powder (7g)

● 3 camb. gula pasir (40g)

● 1 biji telur

● 1 camb. minyak masak (15ml)

● 3 camb. jagung krim (50g)

● Setengah cawan susu segar (100ml)

● Setitik pewarna kuning (jika suka)

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam bekas.

2. Masukkan bahan lain satu persatu dan kacau sebati hingga kelihatan sedikit kembang.

3. Masukkan bancuhan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam acuan (separuh penuh) yang telah disapukan minyak supaya tidak melekat.

4. Kukus selama 10-15 minit (mengikut jumlah kukusan).

Selamat mencuba.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: