#SEJARAH~Leftenan Adnan Saidi Wira Negara Dalam Kenangan

PERTEMPURAN PASIR PANJANG DAN BUKIT CHANDU, SINGAPURA PADA 13 DAN 14 FEBRUARI 1942
Pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu telah ditugaskan oleh Jeneral A. E. Percival iaitu Pemerintah Tentera British Malaya di Singapura untuk mempertahankan kedudukan terakhir Tentera British Malaya di Singapura semasa Perang Dunia Kedua.

Pasukan tersebut diketuai oleh seorang anak muda kelahiran Sg. Ramal, Hulu Langat, Selangor iaitu Lt. Adnan Saidi telah berusaha menyekat kemaraan Tentera Jepun yang telah berjaya menakluki Malaya (Tanah Melayu) pada 31 Januari 1942.

Pertempuran sengit antara Rejimen Askar Melayu dan Tentera Jepun telah berlangsung dari 13 hingga 14 Februari 1942 dimana anak-anak Melayu telah menunjukkan semangat kepahlawanan Melayu menentang kemaraan Tentera Imperial Jepun yang dibawah arahan Jeneral Yamashita.

Kekalahan Rejimen Askar Melayu ke tangan Tentera Jepun di Singapura telah menyebabkan Jeneral A. E. Percival dan saki baki Tentera British di Singapura telah menyerah kalah pada 15 Februari 1942.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: