#SENSASI~Aksi Lucah 3 Gadis Bertudung Dikecam Netizen

Gambar tiga gadis bertudung beraksi lucah pada patung Buddha dikecam netizen kerana mencemar imej Islam yang melarang penganutnya menghina agama lain dan memalukan kaum muslimah.

Perbuatan mereka ini bukan sahaja dilihat menghina agama lain, malah mencemarkan maruah sebagai wanita Islam!

Tiga gadis bertudung dikecam para netizen susulan tersebarnya gambar mereka melakukan aksi lucah pada patung Buddha.

Dalam gambar yang mula tersebar diatas, dua gadis dirakam meraba bahagian dada manakala seorang lagi membuat isyarat lucah menggunakan jari di bahagian bawah patung Buddha.

Mereka dipercayai bergambar dengan patung Budhha itu ketika menyertai lawatan di sebuah tokong.

Apa-apa pun, ingin ditegaskan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dan melihat gambar ini, Islam tidak pernah mengajar, malah menghalang penganutnya menghina agama lain.

Kelakuan tiga gadis ini bukan sahaja memalukan agama mereka malah kaum Hawa yang lain!

Meskipun mungkin bertujuan mahu berseronok sahaja tetapi harus diingat setiap sesuatu ada batasnya, apatah lagi jika ada yang berasa terhina dengan perlakuan kita.

Walau bagaimanapun, sehingga kini identiti ketiga-tiga gadis ini masih belum diketahui malah ada yang mendakwa mereka bukan warga Malaysia tetapi Indonesia.

Biar siapa atau dari negara mana sekalipun, sama-sama jadikan pengajaran supaya kes yang mencemar imej Islam dan kaum muslimah seperti ini, tidak lagi berulang.

Sumber artikel: mynewshub.cc

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


0 comments: