#TAHNIAH~Atlet Muay Thai negara cipta kejutan,Iskandar Zulqarnain Ezry tewaskan juara dunia

Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak, melakar sejarah apabila mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia di Bangkok, Thailand.

Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin muncul juara kategori itu selepas menundukkan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn dalam perlawanan akhir pada Selasa.

Ayah Iskandar Zulqarnain, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab berkata beliau dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya itu oleh Presiden Muay Thai Malaysia Nooramain Kaw Abdullah.

"Lebih membanggakan apabila diberitahu lawan anak saya memiliki fizikal lebih tinggi selain lebih berpengalaman memandangkan Muay Thai memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Thailand," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mohamad Ezry A'Zamin yang juga jurulatih sukan Muay Thai berkata kejayaan anaknya itu hasil kesungguhan semasa berlatih dan ia pastinya akan menyuntik semangat Iskandar Zulqarnain untuk terus berjaya.

Katanya Iskandar Zulqarnain yang dijadual pulang ke Perak Sabtu ini akan menyertai kejohanan Muay Thai di Eropah Mei depan. -Bernama

Sinar harian melaporkan:-
Gambar Zulqarnain ketika diraikan pada majlis pelepasannya ke Bangkok.

ATLET Muay Thai negara berjaya meraih empat pingat emas dan dua perak dalam Festival Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa Thai, semalam.

Menurut pengurus atlet berkenaan, Mohd Hazrul Mohd Sapri mengakui terkejut dengan pencapaian atlet yang melangkaui jangkaan awal iaitu dua pingat emas sahaja.

"Ini menunjukkan atlet kita berkemampuan untuk memberi saingan diperingkat antarabangsa," jelas Hazrul yang dipetik dari Bernama.

Lebih membanggakan,atlet negara, Zulkarnain Ezry (kategori kadet) berjaya menewaskan juara dunia tiga kali dari Thailand.

Keputusan:

Zulkarnain Ezry (kadet) (emas)

Ariff Haikal Zahri (kadet) (emas)

Mohd Azizi Shamsuddin (48kg) (emas)

Mohd Najmi Nazri 57kg) (emas)

Mohd Ariff Haikal (remaja) (perak)

Mohd Zamani (51-54kg) (perak)

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: