#KECOH~Pentas bergambar majlis konvokesyen runtuh

Rakaman yang menunjukkan pentas tiba-tiba runtuh.

BAGHDAD - IRAQ. Hari bersejarah sekumpulan graduan bertukar menjadi ngeri apabila pentas untuk bergambar tiba-tiba runtuh, lapor Mail Online.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di bahagian luar Fakulti Farmasi Kolej Baghdad ketika graduan berkumpul di pentas untuk bergambar selepas menerima ijazah masing-masing dalam satu majlis konvokesyen.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba pentas tersebut bergoyang dan runtuh dalam beberapa saat.

Runtuhan itu menyebabkan pelajar dan tenaga pengajar terhempas ke tanah dan bertindih antara satu sama lain sementara ibu-bapa yang menyaksikan kejadian itu panik dan menjerit.

Melalui rakaman itu, bahagian belakang mula runtuh dan diikuti oleh keseluruhan struktur.

Keadaan panik melatari kejadian dan orang ramai bergegas menyelamatkan mangsa.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya beberapa orang dirawat kecederaan di hospital.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: