#NILAI~Harga Semangkuk ABC

Gambar Hiasan.

PULANG daripada sembahyang Jumaat, rasa teringin benar nak makan ABC (Air Batu Campur) tapi dompet pula tak bawa. Pada mulanya aku hanya nak tengok kedai tu buka atau tak. Kalau buka baru nak balik ambil dompet. Dah sampai kedai, lain pula ceritanya.

"ABC ada tak?" tanya aku.

"Ada," jawab tuan kedai ringkas.

"Saya nak satu. Bungkus."

Masa tuan kedai tengah sediakan bahan-bahan, otak aku ligat mencari alasan untuk berhutang dulu. Malas aku nak patah balik ambil dompet.

"Kak, boleh tak saya bayar petang sikit. Saya ni cikgu di SMK sini," terang aku sekadar mencuba nasib.

"Boleh, tak ada masalah," jawab tuan kedai.

Aku sebenarnya tak tahu macam mana aku boleh gunakan alasan 'cikgu' itu untuk berhutang. Sedangkan aku tak perlu pun susah-susah buat macam tu. Aku boleh saja minta hutang hanya dengan paras rupa yang masih kelihatan suci bersongkok.

Hmm... Sanggup aku jual kerjaya aku. Nasib baik aku tak jual maruah diri demi semangkuk ABC!

Cikgu Sofuan Saadon: Jangan korbankan diri untuk orang yang tidak tahu menghargai. Orang sebegitu hanya layak untuk berada di kaki.

*Sofuan Saadon adalah seorang guru yang bertugas di Matu, Sarawak. Ikuti catatan jujur dan lucunya sepanjang berkhidmat sebagai guru di sana menerusi bukunya yang berjudul 'Dalam Bilik Darjah' terbitan Buku Pojok. Singgah ke http://bit.ly/1SztmgF untuk pembelian buku.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: