#PRIHATIN~Mana ibu bapa Qaseh Nor Alia?

Qaseh Nor Alia

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencari ibu bapa kandung atau waris seorang kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak tersebut, Qaseh Nor Alia, 2, dikatakan telah ditinggalkan oleh ibunya kepada seorang penjaga.

Timbalan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Liah Pariuk berkata, ibu kanak-kanak tersebut bernama Norhayati berasal dari Sabah berusia lingkungan 18 tahun, bagaimanapun menghilangkan diri.

Menurutnya, tiada pengenalan diri dan kelahirannya tidak didaftarkan di Jabatan Pendataran Negara.

“Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh berhubung dengan Pelindung, Ahmad Sofiyan Mohamad Redzwan di talian 03-2612 4000 / 03-2612 4121,” katanya dalam satu kenyataan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: