#TERKINI~Harga petrol RON95, RON97 naik 10 sen, diesel naik 20 sen mulai 1 April

SHAH ALAM - Harga baharu bahan api RON95, RON97 dan diesel pada bulan April akan berlaku sedikit peningkatan.

RON95 dan RON97 meningkat sebanyak 10 sen menjadikan ia kepada RM1.70 dan RM2.05 seliter.

Sebelum ini, harga RON95 adalah RM1.60, dan RON97 RM1.95 seliter.

Manakala diesel meningkat sebanyak 20 sen menjadikan RM1.50 seliter.

Memetik laporan The Star, Presiden Persatuan Pengedar Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishak mengesahkan kenaikan itu.

"Kenaikan ini bermula tengah malam tadi," katanya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: