#KAJIAN~Saintis berjaya cipta kayu lut sinar

Kayu lut sinar

MARYLAND - AMERIKA SYARIKAT. Saintis di University of Maryland berjaya mencipta kayu lut sinar yang lebih kukuh dari kayu biasa.

Menurut laporan CNN, saintis meramalkan kayu lut sinar tersebut mampu menjadi pengganti plastik.

Kata Dr. Liangbing Hu, kayu biasa perlu menjalani beberapa proses kimia untuk menghilangkan warna kayu tersebut.

Kemudian, beberapa unsur penguat seperti 'epoxies' digunakan untuk memperkukuhkan struktur kayu.

Selain plastik, kayu lut sinar juga berpotensi untuk menggantikan cermin.

"Cermin tingkap adalah masalah besar pada musim panas dan musim sejuk. Mereka mempunyai pembahagian suhu (thermal isolation) yang teruk)," kata Dr. Liangbing.

Kat Dr. Liangbing, kayu merupakan 'insulator' yang semulajadi, jadi kayu lut sinar mampu membahagikan suhu dengan efektif.

"Kayu lutsinar juga berpotensi untuk dijadikan sama kuat atau lebih kuat dengan keluli.

"Cuma bezanya, kayu yang diperkuatkan akan lebih ringan dari keluli itu sendiri," jelas Dr Liangbing.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: