#KOLEKSI RESIPI~ Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Bahan-bahan

-1 Ekor Ayam
-1 Biji Bawang Bombay / Holland
-10 Biji Bawang Putih
-2cm Halia
-2 Sudu Besar Lada Hitam
-3 Sudu Besar Kicap Manis
-2 Sudu Besar Sos Tiram
-2 Sudu Besar Madu
-2 Sudu Besar Gula Pasir
-1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
-1 Sudu Besar Serbuk Oregano
-2 Sudu Besar Minyak Zaitun

Penyediaan :
-Bersihkan ayam. Lumur dengan garam dan limau nipis, perap selama 20minit.
-Potong halus bawang bombay, bawang putih, dan halia.
-Kemudian kisar semua bahan-bahan tersebut.
-Tambahkan madu, kicap manis, sos tiram, serbuk pati ayam, garam, gula, lada hitam, dan minyak zaitun, gaul rata.
-Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam.
-Perap selama 1 -2 jam atau semalaman di peti dalam sejuk.

Panggang ayam didalam oven dengan suhu 170-180'c selama 1 jam 30 minit.

 Tambah masa pemanggangan jika ayam masih belum masak lagi. (Bergantung pada saiz ayam dan kapasiti oven). Setiap 15min, sapu lebihan bahan perapan keatas ayam.

Angkat dan tabur dengan serbuk lada hitam kasar.

Boleh di hidang bersama nasi ayam atau di makan begitu saja bersama salad.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: