#KOLEKSI RESIPI~Chicken Chop

Chicken Chop
Bahan-bahannya

-2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless -ayam ni ketuk-ketuk dulu biar jadi nipis isinya.
-1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis®.
-2 sudu kecil serbuk lada hitam.
-2 inci halia®.
-1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)®.
-2 ulas bawang putih®.
-1/2 kiub pati ayam maggi®.

Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)

Kisar semua bahan yang bertanda ® dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais.

Setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, kemudian salut dengan telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.

Resepi sos lada hitam pula .

Bahan-bahan
-2 sudu butter
-1 1/2 sudu tepung gandum
-sebiji bawang besar(potong dadu)
-sebiji tomato (potong dadu)
-seketul kiub ayam knors
-2 cawan air
-sedikit kicap pekat
-sedikit sos cili/sos tomato
-garam dan gula secukup rasa
-1 sudu lada hitam(tumbuk halus)
*boleh lebihkan amaun ikut selera
-tepung jagung(standby)

Cara-cara

-Cairkan butter dengan api kecil.
-Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
-Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
-Masukkan kiub ayam dan kacau.
-Masukkan air tadi dan kacau.
-Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak).
-Kacau hingga sebati.
-Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.

PERHATIAN : Jangan sampai hitam sangat, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.

Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau

Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa

Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit.

 Kacau hingga menggelegak.

Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Boleh dihidangkan semasa panas.

Ermmm sedap.

Selamat Mencuba

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: