#NAHAS HELIKOPTER~Mayat wanita ditemui dekat lokasi serpihan helikopter

Mangsa pertama wanita telah ditemui tidak jauh dari lokasi serpihan dijumpai 12 tengahari tadi. - Foto ihsan Twitter bombaJBPM

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita berdekatan lokasi serpihan helikopter ditemui, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: #TERKINI~ Serpihan Helikopter Hilang Di Sarawak Dijumpai

Namun, Pengarahnya, Nor Hisham Mohamad menafikan maklumat dua mayat ditemui setakat ini seperti yang tersebar di media sosial.

“Setiap minit kami berhubung dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan setakat ini hanya satu mayat wanita yang ditemui.

“Ada maklumat jadi viral yang mengatakan ada dua mayat ditemui. Itu tidak benar,” katanya dipetik melalui Buletin Awani, sebentar tadi.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: