#TERKINI~ Serpihan Helikopter Hilang Di Sarawak Dijumpai

KUCHING – Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

ARTIKEL BERKAITAN:#GEMPAR~Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini. – BERNAMA

Serpihan Helikopter Ditemui 9.50 Pagi Di Batang Lupar

Serpihan yang didakwa milik helikopter jenis AS350 yang ditemui pagi ini.

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan telah menerima maklumat mengenai penemuan serpihan helikopter RPC6828 yang hilang petang Khamis, kira-kira pukul 9.50 pagi Jumaat.

Dalam sidang media di pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini hari ini beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai bangkai serpihan itu berdekatan kawasan Sungai Batang Lupar.

Sebahagian daripada pintu helikopter, dinding pesawat, kerusi dan beberapa lagi bahan lain telah pun ditemui. Pasukan SAR ujar beliau kini berusaha untuk mencari bangkai utama helikopter Hornbills Skyways itu.
Kawasan kemalangan adalah bersebelahan Sungai Batang Lupar yang agak luas dan ini mungkin menyukarkan operasi SAR namun segala usaha aset yang ada ujar Najib akan diguna pakai dalam operasi kali ini.

“Amat bimbang mengenai laporan sebuah helikopter hilang antara Betong dan Kuching. Misi mencari dan menyelamat digerakkan. Marilah kita doakan akan keselamatan mereka (di dalam helikopter),” katanya.

Penerbangan menggunakan helikopter jenis AS350 itu dilaporkan berlepas pukul 4.12 petang dari Betong sebelum hilang daripada radar kira-kira pukul 4.32 petang di sekitar kawasan Triso dalam daerah Sri Aman.

Najib turut mengesahkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Noriah Kasnon yang juga ahli Parlimen BN Sungai Besar di Selangor antara penumpang dalam helikopter berkenaan.

Turut termasuk ialah suami beliau, Tuan Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha MPIC, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen BN Kuala Kangsar, Perak. Selain itu, helikoper tersebut turut dinaiki pengawal peribadi dikenali dengan nama Ahmad Sobri Harun manakala juruterbangnya ialah Kapten Rudolf Rex Ragas. – Mynewshub.cc/HAA/mStar

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: