#GEMPAR~ MB Kedah,Datuk Ahmad Bashah Pengsan Ketika Hadiri Mesyuarat,Kini Di ICU

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan telah pengsan ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora dan dikejarkan ke hospital kira-kira jam 7.30 petang tadi, lapor mStar Online.

Beliau dilaporkan telah pengsan semasa menghadiri mesyuarat bagi mempersiapkan jentera Umno membantu kempen BN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.

Ini kerana penamaan calon untuk pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar di Selangor akan berlangsung esok di mana para petugas dijadualkan akan berlepas pada malam ini.

Ahmad Bashah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Kedah (KMC).

"Beliau tiba di KMC kira-kira pukul 7.30 malam dan beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora pada pukul 7 petang," kata sumber. - Siakapkeli.my

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: