#INFO AUTO ~ Proton Perdana 2016 Dilancarkan Guna Enjin Honda Accord 2.0L Dan 2.4L

Selepas sekian lama berteka-teki bilakah Proton Perdana 2016 bakal diperkenalkan kepada umum secara rasminya, pagi ini tibalah masa yang dinanti-nanti.

Bertempat di PICC, Putrajaya, pelancaran model Perdana 2016 ini telah pun disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton dan Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Perdana generasi ke-empat ini hadir dengan dua varian iaitu 2.0 dan 2.4. Ia ditawarkan pada harga atas jalan (termasuk GST dan insurans) RM113,888 bagi varian 2.0. Manakala 2.4 pula berharga RM138,888. Kedua-duanya turut didatangkan dengan waranti selama lima-tahun atau 150,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).

Info lengkap sila layari paultan.org

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: