#INFO AUTO ~ Toyota Senarai Teratas Jenama Kereta Paling Bernilai Pilihan Forbes Kalahkan Jenama Mewah Lain

Setiap tahun, Forbes akan menyenaraikan jenama paling berharga di dunia dari syarikat berteraskan teknologi hingga ke farmaseutikal dan banyak lagi. Untuk edisi 2016, buat pertama kalinya senarai berkenaan disertai oleh jenama pembuat automotif.

Lima tangga teratas senarai berkenaan dihuni oleh Apple, Google, Microsoft, Coca-Cola dan Facebook. Apa yang menarik, tangga keenam pada senarai tersebut diberikan kepada Toyota, menjadikan jenama automotif dari Jepun itu sebagai jenama pembuat kereta paling berharga untuk tahun ini.

Turut dilihat dalam senarai tersebut ialah BMW (#14), Mercedes-Benz (#20), Honda (#23), Ford (#35), Audi (#36), Chevrolet (#59), Lexus (#63), Porsche (#67), Nissan (#70), Hyundai (#71), dan Volkswagen (#77). Secara keseluruhan, 12 jenama pembuat kereta disenaraikan dalam senarai 100 teratas.[paultan.org]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: