#KISAH BENAR~Isteri Pertama Wujudkan Rasa Sayang Pada Bakal Madu Sebelum Suami Kahwin Lagi

Isteri Pertama Wujudkan Rasa Sayang Pada Bakal Madu Sebelum Suami Kahwin Lagi
Orang perempuan kalau bercakap soal hidup bermadu memang sensitif. Dan orang lelaki pula kalau bercakap tentang poligami semangatnya luar biasa! Apalagi kalau suami isteri yang bercakap tentang hal ini, silap haribulan boleh perang besar dibuatnya!

Bak kata orang...bercakap memang mudah tetapi hanya orang yang melalui dan merasainya sahaja pahit manisnya. Adakah benar ia pahit bagaikan hempedu atau manis seperti sifat ‘madu’ itu sendiri?

Majalah KELUARGA sempat berkongsi pengalaman bersama wanita berhati mulia dan kental, Khadzirotul Qudsiyah Alias, 35 tahun yang baru menerima ‘partner’ baru (madu) bulan lalu. Dan dia secara terbuka memuat naik gambar mereka bertiga dalam majlis perkahwinan suaminya itu.

Biarpun pada awalnya agak pahit untuk terima hakikat si suami ada hati pada wanita lain, namun ibu kepada dua orang anak kembar yang berusia lapan tahun ini tidak ingin pentingkan diri sendiri. Malah dia tenang, ikhlas, sabar, redha serta berusaha ‘mencipta’ kebahagiaan mereka sekeluarga dengan cara tersendiri. Jangan terkejut apabila dia sendiri yang membawa suaminya berjumpa bakal mertua baru.

Kata Zira, “Actually, Abang (panggilan untuk suaminya) tidak bercakap direct dengan Zira yang dia nak kahwin lagi tapi sebagai isteri saya ada instinct yang dia ada orang lain. Tapi saya tak boleh pentingkan diri untuk halang dia menyukai sesiapa. Janji saya kenal siapa orang yang dia suka dan mesti terima isteri dan anak-anak Abang. Lagipun, Abang dah sempurnakan segala-galanya untuk saya, apa salahnya saya korbankan sedikit kebahagiaan saya untuk dia dan madu saya”.

NAK TAHU KISAH LANJUT ZIRA BERSAMA ‘PARTNER’ & BAGAIMANA DIA BERDEPAN DENGAN CUBAAN INI, ikuti kisah selanjutnya. Mungkin kisahnya boleh dijadikan inspirasi kepada pasangan lain yang berada dalam kemelut yang sama.

KELUARGA : Apa reaksi pertama Zira masa first time hubby cakap nk kahwin lagi satu dan apa reason yang diberi?

ZIRA : Sebagai isteri saya ada instinct yang dia ada orang lain. Tapi saya perlu bertenang walaupun sebenarnya naluri isteri mesti sedih..saya fikir positif sebab saya cintakan suami lebih daripada nyawa saya sendiri. Kami kenal sejak zaman diploma ke degree 7 tahun dan nikah hampir 12 tahun. Jadi saya kenal Abang sangat-sangat.

Apa-apa yg dia nak saya cuba tunaikan walaupun saya tak sempurna mana. Bagaimanapun saya lihat Abang lebih mencintai dan menghargai saya selepas dia lihat saya bersungguh menunaikan permintaannya. Saya sendiri datang jumpa Asmida (madunya) dan saya lihat dia ikhlas dengan Abang. Dari situ saya wujudkan perasaan sayang dengan As.

KELUARGA : Bagaimana Zira set minda untuk terima hakikat ini, redha dan menepis semua anggapan orang sekeliling?

ZIRA : Saya set di fikiran ‘selagi suami saya ada dan selagi dia sokong saya...selagi itu saya kuat’. Saya ignore kata orang yang menghasut. Mana-mana kawan atau saudara mara yang sentiasa negatif saya elakkan daripada berjumpa atau berbual panjang.

KELUARGA : Adakah Zira kenal ‘partner’ sebelum mereka kahwin?

ZIRA : Saya kenal Asmida sejak dia mula bekerja dengan Abang lagi. Mak dan ayahnya tinggal jauh. Jadi sebagai majikan, Abang bertanggungjawab melindungi keselamatan dia. Dan dari situ, kalau kami sekeluarga ke mana-mana, kami mesti bawa As bersama.
Kami dah baik sejak 2011 lagi.

Satu syarat saya dengan Abang. Kalau nak nikah lagi, saya nak dia ikut legal yang betul. Saya tak mau dia kahwin di sempadan. Jadi saya sanggup turun naik bersama-sama Abang uruskan permohonan sehingga mahkamah meluluskan permohonan itu. Yang penting sabar.

Masa mula-mula saya tanya dgn As, dia kata kalau sata tak izinkan dia sanggup tarik diri. Tapi bila melihat keikhlasan dia dengan Abang, saya jadi lembut hati untuk terima dia. Kami berdua akan sama-sama bahagiakan Abang. Moga-moga kebahagiaan kami berpanjangan dan dapat menepis dugaan yg sering kali mendatang.

KELUARGA : Bagaimana anda dan ‘partner’ membina hubungan sehingga boleh jadi baik,mesra,ikhlas dan saling menyayangi?

ZIRA: Pokoknya pada diri sendiri. Kita sendiri yang develop perasaan tu. Maksudnya saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Abang hanya pinjaman untuk saya. Kami selalu berbincang dan menganggap kami sebagai kawan,sahabat, isteri. Bila perasaan tu ada..sebagai kawan saya kena bertindak sebagai penasihat. Dan Abang banyak merujuk dan minta nasihat saya. Bila kami dah baik sejak sekian lama, saya sendiri yang buka laluan untuk mereka secara halal. Saya sendiri bawa Abang berjumpa family As. Dan bawa As berjumpa family belah saya dengan dengan tujuan agar adik-adik saya boleh terima As sebagai kakak mereka. Saya minta family hormat dan layan As macam mereka layan saya.


Ibu menangis bila saya buat keputusan ini. Tapi saya terangkan, ini jalan yang saya pilih dan saya dan anak-anak sayangkan As. Jadi tidak salah
kalau saya berkorban sikit perasaan ni untuk kebahagiaan orang lain. Saya tau ada bahagian saya untuk lebih bahagia di sana kelak.

Yang penting anak-anak saya pun sayang sangat dgn umi dia. Hubungan mereka dah macam kawan. Kata anak-anak, “syurga kami di bawah kaki mama dan umi sekarang”.

KELUARGA : Pernahkah Zira menangis, rasa marah, apa lagi cemburu? Bagaimana handle?

ZIRA : Saya juga macam wanita lain juga. Mesti ada perasaan cemburu, sedih. Tapi yang tau hanya Abang. Segala-galanya saya lepas pada dia. Dan saya takkan lepaskan pada As sebab tak mau hubungan saya dan dia terjejas. Biar saya dan Abang yang bergaduh. Tapi sejak kahwin, kami gaduh tak lebih 24jam dan kami banyak berbincang.

KELUARGA : Harapan?

ZIRA : Suami selalu cakap yang isteri pertama segala-galanya buat dia sebab telah bersusah payah selama ni. Dan isteri kedua kena banyak mengalah. Apa pun setiap orang daripada kami kena tolerate, give and take. Yang penting istiqamah.

Credit:Keluarga.My

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: