#KOLEKSI RESIPI~ Bawal Bumbu ( Rempah) Bali

RESEPI BAWAL BUMBU(REMPAH) BALI
Bahan-bahannya :

● Ikan bawal 2 ekor
● Air 200 ml
● Lada merah 8 biji, dibuang bijinya
● Bawang putih 4 ulas
● Tomato 1 biji
● 3 sudu makan kicap manis
● ½ sudu teh air limau nipis
● 1 ½ sudu teh garam
● 1 sudu teh gula merah
● Minyak utk menggoreng

Cara-caranya :

1. Bersihkan ikan bawal, potong jadi 2, kemudian lumurkan ikan dengan air limau nipis dan setengah sudu teh garam, biarkan 15 minit.

2. Panaskan minyak dan goreng ikan bawal hingga kering keperangan.

3. Kisar lada merah, bawang putih, dan tomato . Tumis sampai harum.

4. Masukkan ikan bawal, kacau. Tambahkan air dan masak sampai rempahnya meresap.

5. Setelah masak, angkat dan sajikan panass2.

Selamat mencuba.... :-)

Credit: Fb Denaihati

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: