#KOLEKSI RESIPI~ Jeruk Buah Bambangan

RESEPI JERUK BAMBANGAN

Saya kurang pasti sama ada buah bambangan ini wujud di sebelah semenanjung sana. Jika di Sabah khususnya komuniti Dusun & Kadazan mengenali buah ini sebagai penambah selera makan.

Nama saintifiknya buah bambangan ialah Mangefera Pajang, ia termasuk dalam keluarga mangga.

Buahnya kurang dimakan begitu sahaja melainkan dijeruk terlebih dahulu kerana kemasaman yang amat ketara menyebabkan ia sesuai dijerukkan terlebih dahulu.


Inilah rupa buah bambangan yang baru di beli di tamu mingguan minggu lepas.

 Kulitnya seakan-akan buah duku dan bersaiz besar. Harga sebiji ialah boleh bermula dari RM3.00 hingga RM6.00 mengikut saiz.

Dikongsikan resepi buah jeruk bambangan versi tanomkinotuan sendiri.



Alatan yang diperlukan:

1. Besen kecil
2. Pisau tajam
3. Kontena untuk menyimpan jeruk


Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Satu biji buah bambangan saiz besar.

2. Satu biji lobak merah potong memanjang.

3. Dua ulas bawang merah dihiris.

4. 3 batang daun bawang dipotong kecil/dadu.

5. 5 hingga 10 biji cili padi.

6. Garam secukupnya.

7. 2 inci setengah biji bambangan di bersihkan dan diparut halus.


Cara penyediaan:

1. Ikut langkah di bawah cara membuka kulit buah bambangan.


Pertama potong pada di tip buah tersebut seperti di atas.


Toreh buah bambangan 4 bahagian dengan melukakan kulit tebalnya.



Seterusnya cungkil bahagian kulit atas untuk memudahkannya dikopek. Kopek kulitnya hingga selesai.



Kerja-kerja membuang kulitnya selesai. Tidak perlu mengupas kulit buah bambangan seperti mengupas kulit timun tetapi kupas ikut cara mengupas kulit buah kuini.



Hiris isi buah bambangan mengikut saiz yang dikehendaki. Isi buah bambangan mempunyai kandungan serat yang banyak dan kasar. Lebih elok dihiris nipis dan saiz kecil.


Kini anda perlu membelah bijinya untuk mendapatkan isi biji di dalamnya. Guna pisau besar atau pisau ayam untuk membelahnya kerana kelopak bijinya sangat keras. Setelah berjaya dibelah. cungkil isinya dan kupas selaput putih kekuningan pada isi biji tersebut hingga bersih. Cuci bersih dan parut hingga selesai.


Pada isi buah bambangan tersebut, tabur isi biji bambangan yang diparut ke dalamnya.


Tambah hirisan bawang merah. Anda juga boleh menggunakan bawang benggala atau bawang merah kampung.



Kemudian tambah lobak merah yang dihiris memanjang.


Akhir sekali campurkan daun bawang yang dipotong kecil dan 1 sudu setengah sudu garam. Ambil perhatian bahawa garam yang sedikit menyebabkan jeruk anda tidak menjadi malah akan rosak dengan kehadiran kulapuk putih manakala terlebih garam pula akan menyebabkan jeruk bambangan anda terlalu masin. Jadi agak-agak jumlah garam yang diperlukan.


Masukkan jeruk bambangan anda ke dalam kontena yang disediakan dan simpan kontena di tempat selamat sehingga 1 minggu barulah jeruk bambangan anda boleh dimakan.

Jeruk bambangan sesuai dimakan bersama nasi putih yang masih panas dengan ikan goreng atau ikan bakar, ayam panggang dan daging bakar. Ia memberikan rasa masam dan manis untuk menyeimbangkan rasa ikan, daging dan ayamyang di goreng, dibakar atau dipanggang.

Selamat mencuba.

Sumber Asal:TANOMKINOTUAN

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: