#AIDILFITRI ~ Admin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Assalamualaikum wbt.

Admin BLOG SENSASI mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua pengunjung setia dan memberi sokongan kepada blog ini.

Kepada yang balik kampung moga berhati-hati dijalanraya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kepada yang tidak bercuti kami ucapkan selamat bertugas untuk agama,bangsa dan negara.

Tips keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi yang baru nak mula perjalanan nak balik kampung berhati-hati sepanjang didalam perjalanan. Pandu cermat jiwa selamat. Ini ada sedikit pesanan kepada rakan-rakan yang bakal meninggalkan rumah. Pastikan rumah yang ditinggalkan dipasang lampu dihadapan rumah dan belakang rumah. Disyorkan memasang lampu pemasa supaya diwaktu malam lampu menyala secara automatik. Kepala regulator gas perlu ditanggalkan dan kunci air utama ditutup. Laporkan kepada balai polis berdekatan yang anda bercuti untuk tempoh yang agak lama. Pihak polis akan membuat lawatan ke rumah anda didalam tempoh bercuti tersebut.

Lemang, Ketupat dan Rendang antara makan tradisi dihidangkan di padi Raya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Saya dapat bayangkan masing-masing sedang sibuk membuat persiapan raya yang tinggal lagi beberapa hari dan pada masa bulan Ramadhan semakin menunju ke penghunjungnya meninggalkan kita. Sehari terakhir bulan Ramadhan tentu ada yang sibuk membakar lemang, ketupat dan rendang. Ia adalah makanan tradisi setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri wajib dihidangkan di pagi Raya.

Hulurkan bantuan ikhlas kepada mereka yang berkemampuan.

Didalam bergembira janganlah lupa kepada golongan yang tidak bernasib menyambut Hari Raya dengan serba kekurangan. Hulurkanlah sumbangan ikhlas kepada mereka supaya sama-sama dapat bergembira menyambut Hari Raya. Zakat Fitrah sudah dilunaskan? Harap tidak terlupa untuk melaksanakan tanggungjawab kita didalam sibuk membuat persiapan Raya hingga terlupa akan tanggungjawab kita.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin dari saya dan famili. Jumpa lagi pada blog post akan datang.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: