#BUNUH~ Setapak gempar insiden tembak depan lampu isyarat


KUALA LUMPUR – Satu insiden tembakan dilaporkan berlaku di sebuah kawasan komersial yang terletak di Setapak, di sini, hari ini.

Beberapa foto dan rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan sebuah kereta model sedan dan berwarna gelap terlibat.

Difahamkan, setakat ini, polis sudah berkawal di perimeter kejadian bagi mengelakkan orang ramai terus mengerumuni kenderaan tersebut.

Foto kiriman netizen di laman sosial hari ini turut menunjukkan cermin pintu hadapan yang menerima tujuh das tembakan, manakala lima das tembakan dilepaskan pada cermin pintu belakang.

Setakat ini belum dipastikan butiran kejadian atau sama ada terdapat sesiapa yang cedera dalam serangan itu.

BERITA LENGKAP

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditembak dengan kira-kira 16 das tembakan dari jarak dekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Jalan Genting Klang, Setapak.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang tadi, mangsa seorang lelaki India berusia lingkungan 40an maut ditembak ketika dia memberhentikan kereta Honda Accord di lampu isyarat terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Sing berkata, mangsa diserang empat lelaki yang menunggang dua motosikal.

Menurut beliau ketika kejadian mangsa memandu kereta seorang diri.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian, Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap di bahagian kanan dan kiri kereta," katanya.

Difahamkan insiden yang berlaku tidak kurang 10 saat itu berakhir apabila penyerang meninggalkan lokasi kejadian. Kejadian berlaku ketika aliran trafik di jalan berkenaan agak sibuk.

“Siasatan awal, polis menemui 18 butir kelongsong peluru jenis 9milimiter. Siasatan lanjut penyerang melepaskan 12 das tembakan pada cermin sebelah kiri dan 4 das tembakan pada cermin sebelah kanan,” katanya.

Menurut Amar, motif kejadian masih disiasat. Pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.[SH]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: