#INFO AGAMA~ Apa keistimewaan puasa hari putih dan ganjaran puasa untuk hari ini 13 Syawal 1437h

Puasa Hari Ini (Isnin 13hb Syawal 1437) dapat 3 pahala:
1. Puasa isnin.
2. Puasa 6
3. Puasa Hari Putih.

Puasa Sunat Hari Putih - 13, 14 dan 15hb bersamaan isnin 18 julai, selasa 19 julai dan 20 julai

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan sekurang kurangnya tiga hari. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada "ayyamul bidh", yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah). Puasa tersebut disebut "ayyamul bidh" (hari putih) karena pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.

Dalil:
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata,

أَوْصَانِى خَلِيلِى بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَصَلاَةِ الضُّحَى ، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ

“Kekasihku (Rasulullah SAW) mewasiatkan padaku tiga nasehat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati:
1- berpuasa tiga hari setiap bulannya,
2- mengerjakan shalat Dhuha,
3- mengerjakan shalat witir sebelum tidur.”
(HR. Bukhari no. 1178)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.”
(HR. Bukhari no. 1979)

Dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika kamu ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada 13hb, 14hb, dan 15hb (dari bulan Hijriyah).”
(HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa hadits hasan).

Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

“Rasulullah SAW selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13hb, 14hb dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” Dan baginda bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.”
(Hadith Sahih riwayat Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434)

Dari Ibnu ‘Abbas ra, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ الْبِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ

“Rasulullah SAW biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak musafir maupun ketika bersafar.”
(HR. An Nasai no. 2347. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.).

Namun dikecualikan berpuasa pada 13hb Dzulhijjah (sebahagian dari hari tasyriq). Berpuasa pada hari tersebut diharamkan. Oleh itu diganti ke 16hb.

Referensi:
Al Fiqhu Al Manhaji ‘ala Madzhabil Imam Asy Syafi’i,
Penyusun:
Dr. Musthofa Al Bugho, dkk,
Perbitan:
Darul Qolam, cetakan kesepuluh, tahun 1431 H, hal. 357-358

Kredit FB: Mohammad Haidzir Hussin

NIAT PUASA HARI2 PUTIH

Sesiapa yg *tidak ada puasa Qadha' Ramadhan*, dan ingin berpuasa sunat sempena Hari Putih, *inilah NIATNYA* pada setiap harinya itu:

نَوَيْتُ صَوْمَ الْأَيَّامِ الْبِيْضِ لِلَّهِ تَعَالَى

*Ertinya*: Sahaja aku puasa pada hari-hari Putih kerana Allah Taala

Atau

Sahaja aku puasa sunat hari ini kerana Allah Taala

Tetapi *jika ada Puasa Qadha' Ramadhan yg belum selesai*..

Lafaz niat puasa Qadha’ Ramadhan :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .

Artinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.

*BERNIAT QADHA' (ganti) PUASA RAMADHAN "SAHAJA"* pd ketiga2 hari ini (iaitu 13,14,15), akan mendapat *DUA GANJARAN PAHALA*:
1. Puasa Qadha', dan
2. Puasa Hari2 Putih

💥 *Bulan ini iaitu JULAI 2016*, Hari2 Putih jatuh pada hari Isnin 18/7, Selasa 19/7, Rabu 20/7. Maka *TAMBAH SATU GANJARAN LAGI iaitu Pahala PUASA HARI ISNIN*.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: