#KANTOI ~ Kenderaan Terbabas, Ketulan Ganja Mampat Tercampak



Polis merampas 150 kilogram ketulan ganja mampat bernilai RM360,000 selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas lalu terbalik di Kampung Mata Ayer dekat Arau, Perlis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku 7.30 pagi, apabila sebuah kenderaan pancuan empat roda itu kelihatan terbalik di tepi jalan.

Akibat terbabas itu sebahagian ganja mampat itu tercampak keluar.

Orang ramai yang lalu lalang di situ menghubungi pihak polis selepas mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda di situ terbalik.

Pasukan polis daripada Balai Polis Arau dikejar ke tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan mendapati 150 kilogram ganja mampat disembunyikan dalam tempat khas di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

Hasil siasatan mendapati kenderaan berkenaan didaftarkan di negara jiran

Bagaimanapun pemandu kenderaan melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber:Fb

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: