#SEJARAH ~ Majlis Tautan Kasih Keluarga Chey Saad Dan Tok Mek Mas (IKWAS) Cipta Sejarah Tersendiri

Assalamualaikum wbt untuk semua pengunjung setia BLOG SENSASI.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Pada 9 Julai 2016 yang baru berlalu bersamaan 4 Syawal 1437 telah tercipta satu sejarah keluarga dimana pihak penganjur telah berjaya menghimpunkan hampir 600 ahli keluarga dari keturunan CHEY SAAD DAN TOK MEK MAS dalam majlis TAUTAN KASIH.Jumlah keseluruhan dipercayai melebihi 1200 orang.

Majlis tersebut yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Siong,Baling,Kedah  berlangsung dengan jayanya dengan pengisian ilmiah serta aktiviti yang menguatkan lagi ukhwah kekeluargaan.

Dengan hasil usaha dari beberapa ahli keluarga, terutama daripada moderator,En.Mohd Sabri Mat Rejab yang bertungkus lumus sejak dua tahun yang lalu dan diberi sokongan yang jitu dari pengerusi IKWAS,Cikgu Hj Abdul Nasir Idris,setiausaha Ustaz Mohd Norazlan Idris dan Dr Hj Shukri Mat Rejab,program berjalan dengan lancar.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Tuan Hj Ahmad Raji Yaakob.

Program diisi dengan penerangan secara slide mengimbau kenangan ahli keluarga yang telah pergi menghadap ilahi dan penerangan salasilah generasi sehingga ke generasi kelima yang mudah dan tepat disampaikan oleh Dr Hj Shukri.

Sementara tazkirah kekeluargaan disampakan oleh Prof Dr Hj Omar Yaakob.

IKWAS dinaungi oleh dua orang penasihat iaitu Datuk Dr Hj Ismail Yaakob dari generasi ketiga dan Datuk Hj Muhammad Sani Mahamud dari generasi kedua.

Berikut beberapa gambar yang admin sempat perolehi untuk tatapan anda.



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: