#TOKOH ~ Kenali Tuan Guru Hj Ahmad ( Pak Teh Mad Padang Sanai)

Ulama Tua Kedah..

Ramai dari anak anak Kedah sendiri khususnya tidak ambil peduli siapa Ulama di negeri sendiri..

Untuk tatapan kita semua sementara beliau masih ada..

Beliau dilahirkan pada malam Jum'at 14 Sha'ban 1348 Hijrah..

Beliau pergi ke Makkah untuk belajar pada tahun 1950 dan kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1960..

Berkahwin dengan anak perempuan guru beliau Pak Chu Him dan di aqad kan oleh Pak Da El di Makkah..

Mengaji di Pondok TG. Hj 'Abdurrahman Merbok dan Pondok Pak Chu Him Gajah Mati..

Pernah menjadi pelajar terbaik di Pondok TG. Hj Abdurrahman Merbok..

Dan pernah juga belajar di Madrasah Shaulatiyyah di Makkah..

Pondok beliau terletak di belakang sekolah Maktab Mahmud cawangan Padang Terap (Dulu dikenali sebagai Sekolah Agama Ahmadiah)

Masuk ikut tepi sekolah, jumpa pokok sukun, masuk ikut pintu pagar tu..

Depan madrasah dan di belakangnya rumah beliau..

Kita doakan semoga TG Hj. Ahmad (Pak Teh Mad Padang Sanai) ini sihat tubuh badan dan diimpah kurniakan rezqi yang melimpah ruah oleh Allah swt, Amin Ya Robbal Alamin.

Sumber FB

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: