#VIRAL~ Masalah Air Di Kedah....Sampai Bila.... Adakah Penyelesaiannya?

MASALAH BEKALAN AIR DIKEDAH SAMPAI BILA ???
Masalah bekalan air di Kedah bukan perkara baru lagi, malah ia sudah berlarutan sejak lama dulu. Bak kata orang Kedah, dah `cemuih’ menunggu penyelesaiannya.

Kini selepas Kedah mendapat Menteri Besar yang baru, maka isu air akan menjadi cabaran besar kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah untuk menyelesaikannya. Tapi malang nya tiada penyelesaian yang benar benar konkrit dijalankan . Lebih malang lagi MB pula terlantar di Hospital .

Bayangkan betapa penduduk Kedah terpaksa menderita, malah kawasan yang berhampiran dengan dengan bandar Alor Setar juga berdepan dengan masalah gangguan air. Lebih sakit hati apabila masalah air ini berlaku hampir setiap hari.

Keadaan bertambah parah pada hari Jumaat dan Sabtu, di mana penduduk di negeri itu bercuti. Bukan sahaja kerja-kerja di dapur terganggu malah untuk mandi juga menjadi sukar.

Berikut merupakan luahan tidak puas hati penduduk mengenai masalah air di negeri itu dalam Facebook Aduan Rakyat Kedah.

Hamba Allah 1// – “Tak payah cakap tempat yang jauh dari Pekan aloq staq.. Kami kat Tanjung Bendahara langkau jalan keretapi dengan pusat bandar pun ayaq meleleh haluih.. Ayaq tangki selalu tak naik tambah-tambah kalau hari Jumaat, Sabtu..ayaq dapoq nak basuh ikan pun tak lalu aih.. Lagumana tu? Buat building punya gah pejabat sada.. Patutnya budget buat ISTANA SADA tu guna utk improvised perkhidmatan yg sedia ada pun banyak la jugak pekdah utk rakyat. Mohon MB kita perembang tengok apa depa dok buat..,”.

Hamba Allah 2//l- “Satu rumah ja pasang pam..effect rumah2 lain..jenuh hat xpasang pam…termenung tgk air..satu taman buh pam air…yg xmampu nk buh..tunggunorg abis guna..masuk lena kita berjaga membasuh!”.

Hamba Allah 3// – “arini nampak la lori tangki ayaq SADA dok melilau belah area taman bersatu, kuala kedah.dengan cuaca sebegini rupa..kita bersabar ja la..mungkin terpaksa catu..beringat sebelum melarat’.

Hamba Allah 4// – “Mohon tindakan segera daripada pihak berwajib utk menangani masalah ni..musim kemarau dah nak mula ni..jgn sampai kedah turut dibelenggu #krisisair,” demikian luahan tidak puas hati penduduk dalam Facebook Aduan Rakyat Kedah.

Isu ini amat kritikal ketika ini. Ada penduduk yang mengambil inisiatif untuk memasang pam air dan tidak kurang pula yang terpaksa menadah air pada pukul 2 atau 3 pagi, bagi digunakan pada siang hari.

Di beberapa kawasan seperti di Gurun , Baling , Sik dilaporkan mengalami masalah bekalan air terputus pada waktu siang dan hanya mengalir perlahan pada waktu malam. Dan difahamkan mukin Siong mengalami masalah terus bekalan air

Penduduknya mendakwa isu itu sudah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.

Jika Ahmad Bashah tidak menyelesaikan isu ini, sudah pasti ia akan mencetuskan kemarahan penduduk, yang sekian lama memendamnya . Kemarahan mereka juga ditujukan kepada syarikat Bekalan Air Kedah (SADA).

Sumber Fb Rakyat Kedah

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: