#INFO IT ~ Oppo lancar F1s

NORA Danish bersama telefon pintar F1s. FOTO Halim Salleh

KUALA LUMPUR: Oppo melancarkan telefon pintar terbaru, F1s dengan kamera depan 16 megapiksel bersama f2/0 yang turut disediakan bersama perisian Beautify 4.0 sesuai kepada individu yang gemar berselfie.

Kamera belakangnya pula beresolusi 13 megapiksel f/2.2 dengan kemudahan dua slot kad SIM dan satu slot kad mikroSD.

Ia didatangkan dengan bateri 3075 mAh dan fungsi pengecas pantas VOOC dan dijual pada harga mampu milik RM1,198.

Dengan pilihan warna emas atau emas ros, Oppo F1s akan mula dijual pada 20 Ogos.

Telefon pintar ini mempunyai skrin 5.5 inci dengan RAM 3GB serta storan 32GB.

Artis popular, Nora Danish kekal menjadi duta bagi Oppo selepas kejayaan model sebelum ini, Oppo F1.[myMetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: