#NALURI ~ 'Saya Rasa Saya Memang Berjodoh Dengan Nenek Ni'

DALAM negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa, kita hidup dengan aman bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Tidak kira tua, muda, miskin ataupun kaya, hidup bermasyarakat dengan suasana harmoni merupakan satu tuntutan dan perkara ini perlu ada dalam diri setiap dari kita tanpa rasa prejudis.

Bercakap mengenai keharmonian kehidupan bermasyarakat ini, kami begitu tertarik dengan kisah seorang pemuda bernama Jamalee Bashah yang sudi berkongsikan pengalamannya di laman sosial ketika membantu seorang wanita warga emas baru-baru ini.

Jom kita baca perkongsian brother ini yang berjaya membuktikan bahawa kemanusiaan masih wujud dalam diri masyarakat kita tanpa mengira agama dan bangsa.


Saya rasa saya memang berjodoh dengan nenek ni..


Ini Aunty Wong.

Saya pernah tulis mengenai beliau awal tahun ni. Masa pertama kali berjumpa, Aunty Wong sedang kesesakan nafas di kaki lima.

Kebetulan saya juga ada asma. Saya bagi Aunty Wong pakai inhaler saya dan kemudian hantar beliau ke farmasi.

Kali kedua masa tu tengah makan. Jemput Aunty, beliau tak mau. Beliau cuma nak bungkus.
Pagi ni lagi sekali jumpa beliau.

Aunty Wong nak balik rumah tapi bas tak ada dan beliau tak cukup wang untuk naik teksi. Saya tawar diri untuk hantar balik tapi masalahnya saya bawak 4WD. Tinggi.. beliau pulak kaki dah tak kuat sebab pinggul masuk besi..

Saya mintak kebenaran untuk dukung dan naikkan. Beliau bagi. Taklah berat mana pun orang tua ni..
Ini pertama kali hantar Aunty Wong balik..

Ya Allah jauhnya rumah dia..

Ermm.. taklah jauh mana sebenarnya, dalam 2km je. Tapi untuk seorang tua yang bertongkat dan ke mana-mana hanya berjalan kaki, 2km ni macam gunung tau..

Saya kongsi cerita ni nak mengajak rakan-rakan untuk sentiasa ringankan mulut bertanya jika ada ternampak mereka yang memerlukan..

Kita akan tahu dari body language dan riak wajah mereka. Terutamanya mata mereka.

Kita hidup dalam komuniti.

Dan komuniti adalah keluarga kita.

Perlu ambil berat antara satu sama lain.

Dalam Islam, mengambil berat perihal jiran adalah amat dituntut.

Selamat beramal..

*Aunty Wong dalam gambor je nampak garang. Tapi kalau jumpa berdepan, beliau seorang yang sangat suka berborak.. – MYNEWSHUB.CC


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: