#AL FATIHAH ~ Tokoh Ulama Syed Mohd Fadzli Al-Yamani Kembali Kerahmatullah

Assalamualaikum..
‎إنا لله وإنا إليه راجعون. الفاتحة..

Saya Muhammad Abdurrahman bin Syed Mohd Fadzli dengan ini ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya Ustaz Mohd Fadzli Al Yamani telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.30am waktu Malaysia di Guangzhou China. Arwah jatuh di airport Guangzhou semasa menunggu bas ke hotel. Al marhum baru sahaja mendarat daripada Lanzhou.
Jenazah akan dikebumikan di Guangzhou China. Disisi sahabat Nabi ﷺ Sayyiduna Saad bin Abi Waqqas.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin..

‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

*(BERITA DUKA)*

Telah dijemput pulang ke Rohmatullah, Syaikhuna wa Murobbi Ruuhina Tuan Guru Syeikh Sayyid Mohd Fadzli Al-Yamaniy (Pengasas, Mudir Madrasah Darul Yamaniy, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Penceramah di Slot Tahsinul Ibadah, Radio IKIM).

Guru Mulia ini telah dijemput pulang ke PangkuanNya ketika beliau berada di Bumi China bagi mengembangkan sayap pendidikan madrasah disana dan menjemput pelajar-pelajar dari Bumi China untuk belajar di madrasahnya. Bahkan di madrasahnya, para pelajarnya terdiri daripada golongan asnaf tetapi dikurniakan nur dalam hati mereka untuk mempelajari dan memahami Agama.

Oleh yang demikian, saya mohon jasabaik Ibu Ayah untuk membacakan *Surotul Fatihah* dan *secebis doa* buat Guru Mulia ini. Semoga Allahu Subhanahu wa Ta'ala mengangkat darjatnya dan ditempatkan Guru Mulia di Jannatul FirdausNya. Allahummaa Aamiinn.

Dalam keadaan ummat yang semakin jahil, para Ulama' ini dijemput kembali berehat di SisiNya dengan penuh redho dan kasih-sayangNya.
Jelaslah bahawa kiamat semakin hampir tatkala para kekasihNya telah pun dipanggil pulang olehNya. Tinggallah ummat yang jahil, alpa, leka dan penuh khilaf ini berterusan bergelumang dengan lumpur dosa, lumpur aib dan lumpur maksiat.

Allahhhhhhh...
Bulan Zulhijjah menjadi saksi perginya 2 insan mulia mengadap Ilahi.
Tanah Livermore, California menjadi tempat istirehat terakhir buat Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Manakala Bumi Guangzhou, China menjadi tempat istirehat terakhir bagi Almarhum Tuan Guru Syeikh Sayyid Fadzli Al-Yamaniy. Betapa jauhnya 2 tempat ini dari kita. Kalau didunia sahaja kedudukan mereka dan kita begitu jauh. Bagaimana pula kedudukan kita dan mereka di akhirat kelak. Ya Robb!

*Bi Sirrrilll Fatihah !*

Sumber drp fb Ustaz Ebet lew:
- Ya Allah tuhan...betapa sayunya dan sedihnya hati ini. Badan terasa lemah dan air mata belum berhenti mengalir. Menerima musibah yang sangat besar Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bila seorang alim besar dan permata umat yang teramat saya cintai dan kasihi Ustaz Fadzli Al Yamani yang juga setiap minggu mengajar di ikim.fm meninggal dunia di Guangzhou China 12.30malam tadi waktu Malaysia.. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah yang Maha Pengasih ampunilah, sayangi dan kasihilah beliau. Berilah syurga Firdaus yang paling tinggi buat dirinya. Berilah ketabahan dan kekuatan buat semua ahli keluarganya dan setiap pelajarnya dari semua madrasahnya di seluruh Malaysia. Jadikanlah asbab dirinya hidayah buat manusia di seluruh China dan seluruh alam.

Beliau seorang pakar mazhab syafie yang amat dikenali. Ulama seluruh dunia mengenalinya. Mempunyai sangat banyak madrasah yang bermula di kampung baru. Seorang alim yang sangat besar tapi tak pernah jemu jawab setiap soalan paling asas di ikim.fm. setiap kali saya tak tahu apa-apa. Saya akan hubunginya. Dia akan telefon semula jika beliau tak sempat angkat. Susah nak cari seorang alim yang amat pengasih seperti beliau. Hidupnya diabdikan dalam menyampaikan ilmu agama. Melihat kehidupannya pasti kita akan teringat kehidupan akhirat. Suasana hidupnya setiap hari.

Beliau mengajar ilmu sampai 2 pagi perkara biasa. Mentelaah kitab-kitab. Saya menangis bila beliau menceritakan tentang solat sunat dhuha atas kren, dalam bas, kereta api dan kenderaan. Betapa pentingnya solat.

Pergi lagi seorang alim yang amat saya kasihi kerana Allah. Ya Allah sayangi dan ampunilah beliau. Berilah kerehatan buat dirinya setelah beliau berpenat di atas dunia ini. Temukan beliau dengan lelaki yang beliau paling cintai Rasulullah saw. Seluruh hidupnya menghidupkan sunnah Nabi saw. -ebit lew

Seorang lagi ulama kelahiran Kuala Ketil, Kedah dikebumikan di China. Itulah rahsia Allah, kita tidak tahu fi mana kita akan dimatikan dan dikebumikan. Apapun, kita sentiasa berdoa:
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
ولا تختم علينا بسوء الخاتمة.....

Sumber:Whatsapp

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: