#KENANGAN~'Ayah adalah hero saya selamanya' - Bindi Irwin Anak "Crocodile Hunter"

BINDI Irwin, anak kepada mendiang Steve Irwin yang terkenal dengan rancangan ‘Crocodile Hunter’ berkongsi sekeping gambar sempena hari ulangtahun kematian mendiang ayahnya di laman Instagram yang kebetulannya merupakan Hari Bapa di negara kangaroo, semalam.

Kata-kata yang ditulis “ayah adalah hero saya selamanya. Tiada ayat yang boleh menggambarkan betapa saya menyayangi ayah” cukup menyentuh hati.

Gambar yang dikongsi gadis berusia 18 belas tahun itu adalah gambar sewaktu dia masih lagi bayi di tangan mendiang ayahnya.

Steve meninggal dunia pada 4 September 2006 akibat tertusuk duri ikan pari di jantungnya. Ketika itu, dia sedang merakamkan sebuah dokumentari bertajuk ‘Ocean Deadliest’.

Semenjak kematiannya juga, ahli keluarga Irwin meneruskan usaha mendiang untuk meneruskan legasinya dalam bidang yang dicintainya itu.

‎“Bagi kami sekeluarga, ini memerlukan kerjasama berpasukan. Saya rasa kami sekeluarga sudah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala usaha ayah sebelum ini tetap diteruskan walaupun dia sudah tiada.

“Ayah sering berkata, tidak mengapa jika tiada orang mengingati dirinya asalkan ada yang mengingati mesej yang disampaikannya. Oleh sebab itu lah saya menyambung legasi ayah supaya dia kekal hidup melalui hasil kerja kami sekeluarga,” kata Bindi kepada The Huffington Post.

Beberapa hari sebelum Bindi memuatnaik gambar tersebut di laman sosial, datuknya, Bob Irwin turut berkongsi satu surat yang menyentuh hati ditulis mendiang kepada kedua ibu bapanya beberapa tahun sebelum dia meninggal dunia.

“Mungkin ini merupakan satu perkara yang malang buat diri saya apabila saya mengambil masa selama 30 tahun untuk menyedari betapa pentingnya anda berdua buat diri saya dalam usaha saya membina karakter saya, etika saya dan yang paling penting, kebahagiaan saya.

"Di saat saya berumur 32 tahun ini, saya menyedari betapa anda berdua sering bersama saya di saat jatuh bangun saya,” tulis mendiang.

Bob menemui surat tersebut ketika dia sedang membuat penyelidikan untuk memoir mendiang Steve ‘Pemburu Buaya Terakhir’. Surat tersebut tidak pernah dibuka sehinggalah pada minggu lepas.

Di dalam surat tersebut juga, mendiang turut menggelar ibu bapa sebagai rakan karib beliau. - The Huffington Post

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: