#PANAS ~ 22,663 belia diisytihar bankrap hingga 2015

- Sekadar gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Pengurusan kewangan yang lemah mengakibatkan seramai 22,663 rakyat Malaysia berumur kurang dari 35 tahun diisytiharkan bankrap antara 2011 dan September 2015, kata Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).

Timbalan Presiden MFPC, Michael Kok Fook On berkata, mereka ini gagal untuk menguruskan sumber kewangan mereka dan tidak memahami kepentingan perancangan kewangan.

"Belia Malaysia tidak bersedia untuk berhadapan dengan hutang kewangan dan tidak bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka," katanya dalam Pertandingan Perancangan Kewangan Nasional MFPC ke-3 di sini hari ini.


"Muflis pada usia muda boleh memberi mudarat kepada golongan belia dan ini akan menjejaskan kehidupan harian dan masa depan mereka.

"Stres, tekanan keluarga dan sosial akan menerima kesan psikologi ke atas belia yang menghadapi kemuflisan," katanya.

Kesedaran kewangan di kalangan belia dan mahasiswa di negara ini adalah amat penting bagi kesejahteraan mereka dan masa depan ekonomi Malaysia, sambil menambah bahawa golongan ini harus menjadi celik kewangan dari usia muda.

"Kami di MFPC, sejajar dengan aspirasi Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sedang melakukan yang terbaik untuk membantu menyebarkan kesedaran kewangan bukan sahaja kepada golongan belia tetapi juga kepada orang ramai secara umumnya.

"Sejak usia muda saya, saya telah selalu diingatkan dengan kata-kata hikmah ini, 'Ia bukan berapa banyak yang anda boleh dapat, tetapi lebih penting ialah berapa banyak yang anda boleh simpan'," katanya.

Pertandingan tiga hari yang akan berakhir pada 9 Okt ini telah dianjurkan di Universiti Putra Malaysia, ia menjadi platform untuk membolehkan para pelajar menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka ke arah perancangan kewangan. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



0 comments: