#KEJUTAN~ Calon Bukan Pilihan,Donald Trump Dipilih Sebagai Presiden Amerika Ke-45

Trump turut diiringi keluarganya ketika berucap sempena kemenangannya di Hilton Midtow, New York. - Foto AFP

KERAJAAN dari Asia hingga Eropah memberi pelbagai respons, malah ada yang tidak percaya dengan kemenangan Donald Trump dari Parti Republikan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2016 yang disifatkan paling sengit dalam sejarah negara itu.

Kejayaan jutawan hartanah itu menewaskan Hillary Clinton untuk menjadi Presiden AS ke-45 selepas berjaya mencatatkan kemenangan di swing state utama termasuk Florida, North Carolina dan Ohio dengan meraih lebih 270 undi yang diperlukan.

Dalam ucapan kemenangannya di New York, Trump, 70, berjanji untuk memulihkan negara itu.

"Sudah tiba masanya untuk kita menjadi satu bangsa bersatu padu. Saya berjanji kepada semua rakyat bahawa saya akan menjadi presiden untuk semua penduduk AS," katanya.

Ketika berkempen, Trump pernah menyatakan rasa kagum dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, mempersoalkan rukun tengah perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) selain mencadangkan Jepun dan Korea Selatan dibenarkan membangunkan senjata nuklear sendiri kononnya untuk memikul beban pertahanan mereka sendiri.

Jutawan hartanah kontroversi itu juga pernah berikrar untuk membatalkan perjanjian global mengenai perubahan iklim yang dimeterai kuasa dunia di Paris pada tahun lalu dan mengadakan rundingan semula berhubung perjanjian antara Teheran dan Barat bagi melonggarkan sekatan ke atas negara itu sebagai pertukaran dengan membenarkan program nuklear negara tersebut dipantau rapi.

Tetapi, kebanyakan negara Barat tidak pasti sama ada bekas bintang realiti TV yang tiada pengalaman dalam politik itu mampu menunaikan janjinya.

Ahli sejarah terkenal, Simon Schama menyifatkan kemenangan Trump dan kekuasaan Republikan di Senat dan Dewan Perwakilan sebagai 'prospek yang benar-benar menakutkan'.

"Nato akan berada di bawah tekanan, Rusia pula akan mencetuskan masalah. 20 juta orang akan kehilangan insurans kesihatan mereka, dasar perubahan iklim akan ditarik balik dan peraturan bank pula dibubarkan. Adakah anda mahu saya senaraikan lagi apa yang akan berlaku?," katanya kepada BBC.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: