#KEMENANGAN TRUMP~ Umat Islam Mulai Merasai Kebimbangan...Benarkah Trump Anti Islam?


Penduduk Islam di kebanyakan negara Asia seakan sukar untuk menerima kemenangan ahli politik populis yang sering menggunakan retorik anti-Islam dan menyampaikan Islamophobia secara terang-terangan sebagai bahagian penting dalam kempennya.

Antara kenyataan paling kontroversi beliau mengenai Islam adalah ketika Disember tahun lalu yang turut mencetuskan kemarahan 1.5 bilion orang Islam di seluruh dunia.

Trump dengan lantang membuat gesaan supaya melarang orang Islam daripada memasuki AS susulan insiden serangan berdarah di California.

Seorang pegawai kerajaan di Pakistan yang enggan identitinya didedahkan turut mengeluh dengan keputusan itu yang disifatkan 'sangat kejam dan menakutkan'.

"Saya sangat kecewa melihat kemenangan Trump. Hillary Clinton hanya bersuara tentang keamanan tetapi Trump sering bercakap mengenai memerangi orang Islam," katanya.

Di Indonesia, penduduk negara itu mula bimbang bagaimana pentadbiran Trump akan memberi kesan terhadap hubungan antara AS dan dunia Islam.

"Saya bimbang hubungan antara AS dengan negara Islam akan kembali tegang. Saya sangat takut. Adakah akan berlaku lebih banyak peperangan? Adakah AS akan menyerang negara Islam lagi?," soalan itu diajukan aktivis Indonesia, Alijah Diete.

ARTIKEL BERKAITAN:#KEJUTAN~ Calon Bukan Pilihan,Donald Trump Dipilih Sebagai Presiden Amerika Ke-45

Selain itu, terdapat juga kebimbangan terhadap dasar anti-Islam yang lebih tegas di bawah pentadbiran Trump yang dikhuatiri akan meningkatkan lagi pengaruh ekstremisme di tengah-tengah dunia sedang bergelut dengan ancaman meningkat kumpulan militan.

"Apabila AS menggunakan kuasa lebih keras, ekstremis akan mendapat momentum. Pihak yang paling gembira dengan kemenangan Trump adalah Daesh," kata wakil dari Pertubuhan Nahdlatul Ulama di Jakarta, Zuhairi Misrawi.

Beberapa pemerhati juga berharap retorik anti-Islam yang sering dilontarkan oleh beliau hanya untuk memancing undi dan tidak akan diterjemahkan ke dalam dasar xenophobia yang tegas apabila beliau mula bertugas di Rumah Putih.

Dasar Trump juga dikhuatiri akan mendiskriminasikan orang Islam di AS kerana beliau melihat golongan itu sebagai 'orang asing'.

Kira-kira 3.3 juta penduduk Islam yang mewakili satu peratus populasi di AS kini bimbang dengan sentimen anti-Islam yang kian meningkat dan mungkin menjadi lebih buruk di bawah Trump.

Sementara itu, gerakan Hamas yang mentadbir Genting Gaza menyatakan mereka tidak menjangka perubahan dalam tindakan berat sebelah AS terhadap penduduk Palestin apabila Trump menggantikan Presiden Barack Obama.

"Ia adalah dasar yang konsisten. Tetapi, kami berharap Trump dapat menilai dan mengimbangi semula dasar ini terhadap isu Palestin," kata jurucakapnya, Sami Abu Zuhri.{SH}

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: