#MACAM-MACAM~Selesai soalan Matematik jika mahu WiFi percuma

Bolehkah anda menyelesaikan soalan matematik ini?

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah restoran masakan Thai di San Antonio berikan akses WiFi percuma kepada pelanggan namun begitu hanya jika mereka berjaya menyelesaikan satu soalan Matematik, lapor Huffington Post.

Kata laluan restoran tersebut menjadi viral setelah seorang pelanggan memuat naik gambar kata laluan tersebut di atas talian Jumaat lalu di laman Reddit.

Menggunakan nama Joshua_Glock, dia meminta bantuan pakar Matematik untuk membantunya memecahkan kata laluan itu.

“Di manakan ahli-ahli sihir Matematik? Saya berazam untuk memecahkan kata laluan restoran ini,” tulisnya.

Soalannya mendapat banyak perhatian malah sesetengah daripada mereka turut membantu menawarkan jalan penyelesaian kepada soalan tersebut.

Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa soalan tersebut salah atau mengandungi helah. Setakat ini, masih belum ada yang berjaya memecahkan soalan tersebut.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: