#NAHAS UDARA~Juruterbang jet wanita pertama China maut

Yu Xu

HEBEI - CHINA . Seorang wanita yang dinobatkan sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama di China maut dalam sebuah insiden udara, semalam.

Menurut laporan South China Morning Post, jet yang dikemudi Yu Xu, 30 dan seorang juruterbang lelaki terhempas dan mangsa tidak sempat keluar dari pesawat pada waktu yang tepat.

Juruterbang lelaki terlibat bagaimanapun sempat keluar dan terselamat.

Ketika kejadian, mangsa sedang mengemudi jet pejuang J-10.

Yu yang lahir di Chengdu adalah sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1.

Beliau merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang mampu menerbangkan jet pejuang domestik di China.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: