#ALFATIHAH ~ Adun Sungai Air Tawar Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi Selasa pada usia 57 tahun.

Beliau dilaporkan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Sungai Air Tawar kira-kira pukul 9 pagi selepas gagal dihubungi.

Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi mengesahkan kematian beliau menerusi laman Facebooknya.

"Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. AlFatihah. Dimaklumkan YB Tn Hj Kamarul Zaki Abdul Malik, Adun Sungai Air Tawar, telah kembali ke Rahmatullah," tulisnya, pagi Selasa.

Kamarol Zaki juga adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: