#BOLASEPAK ~ Neymar Dinilai Pemain Termahal Di Dunia

Neymar

NEYMAR adalah pemain yang paling berharga di Eropah, dengan nilai kira-kira £216 juta, menurut satu kajian baharu yang membuat penilaian terhadap 10 pemain bola sepak dunia dengan harga melebihi €100 juta.

Penyerang Barcelona itu mendahului rakan sepasukannya, Lionel Messi, yang diletakkan nilai £149 juta oleh ahli akademik .

Pemain England yang berada dalam 10 kedudukan teratas itu adalah dua pemain Tottenham, Harry Kane (£122 juta) dan Dele Alli (£96 juta).

Paul Pogba, yang menyertai Manchester United untuk rekod £89 juta pada musim panas, bernilai £136.4 juta.


Kajian ini telah dijalankan oleh sepasukan ahli akademik dari CIES Football Observatory, menggunakan algoritma nilai pemindahan.

Mereka telah membuat pengiraan nilai dengan menggunakan beberapa kriteria yang merangkumi karektoristik dan prestasi pemain, seperti usia dan tempoh kontrak.

Pemenang Ballon d'Or dan pemain terbaik FIFA dunia, Cristiano Ronaldo berada dalam senarai ketujuh dengan nilai £111 juta.

Rakan sepasukannya di Real Madrid, Gareth Bale berada di tempat ke-14, bernilai £73.8 juta.

Pogba adalah satu-satunya pemain dalam lima kelompok teratas yang tidak berpangkalan di Sepanyol.

Antoine Griezmann dari Atletico Madrid berada di kedudukan ketiga (£132 juta) dan Luis Suarez dari Barcelona kedudukan kelima (£127 juta).

Terdapat 42 pemain Liga Perdana Inggeris berada dalam senarai 100 teratas termasuk pemain Chelsea, Eden Hazard (£ 89 juta), Anthony Martial dari Manchester United (£81 juta), Raheem Sterling, Manchester City, (£75 juta) dan Leicester City Jamie Vardy (£45 juta).

Pemain tengah West Ham Michail Antonio berada di kedudukan ke-100 dengan nilai sebanyak £31 juta.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: