#DERHAKA ~ Anak sepak ibu sebab tak dapat main telefon bimbit

GHUANGZHOU - CHINA. Seorang remaja lelaki berusia belasan tahun sanggup menyepak ibunya bertubi-tubi semata-mata dihalang bermain telefon bimbit.

Kejadian berkenaan dirakamkan dalam sebuah video klip berdurasi 10 saat menjadi viral sejak semalam.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di sini. Remaja lelaki ini dilihat menyepak ke arah badan ibunya sekurang-kurangnya lima kali dalam tempoh 10 saat.

Walaupun nenek kepada remaja itu turut berada di situ dan cuba menghalangnya, namun gagal.

Selepas menonton rakaman video klip itu, ramai netizen melahirkan perasaan marah dan terkejut kerana tidak menyangka seorang anak berusia belasan tahun tergamak bertindak kasar ke atas ibu kandungnya sedemikian rupa.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: