#GANAS ~ Belasah isteri guna ekzos, batang penyapu

KOTA BHARU - Seorang suami yang membelasah isterinya dengan menggunakan besi rak pinggan, batang penyapu dan ekzos motosikal menerima padah apabila dihukum penjara selama dua tahun di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Azzimualif Mohamad, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Penganggur berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Siti Nor Adilah Yusoff, 21, dengan menggunakan besi rak pinggan, sebatang penyapu jenis pvc dan sebatang ekzos motosikal sebagai senjata yang boleh mendatangkan kecederaan parah atau kematian kepada mangsa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Che Deris, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, pada jam 8.30 pagi, 9 Januari lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 9 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit luka pada belakang kepala dan lebam seluruh badan. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: