#INFO AUTO ~ Nissan Skyline R34 GTR Dream Machine

BILA disebut sahaja Godzilla, pasti anda tahu ia merujuk kepada sebuah kereta selain sinonim dengan raksasa. Godzilla yang satu ini merupakan satu legasi kejayaan pihak Nissan sejak dari awal kewujudan model Skyline di dunia. Kehebatan dan kewujudan jentera ini sememangnya terkenal seantero dunia. Bermula dari era KPGC10, KPGC110 hinggalah ke GTR R35.

Kehebatan jentera tersebut jugalah membuatkan Ibrahim Mosar tidak pernah berpaling ke model lain. Isu Mod kali ini memaparkan Nissan Skyline kedua miliknya. Sebelum ini, Ibrahim merupakan pemilik kepada Nissan Skyline R34 GTT. Kali ini, beliau tampil dengan jentera R34 GTR yang baru sahaja dimiliki setelah menjual Subaru S204 yang tidak memenuhi jiwanya. Nissan R34 GTR dilengkapi dengan nadi RB26DETT. Kuasanya sudah mencukupi menurut penulis. Namun, bagi insan yang menggilai kelajuan, enjin berkenaan dimantapkan lagi. Kepala silinder enjin melalui proses ‘port dan polish’ bagi melancarkan pengudaraan keluar masuk ke dalam ruangan kebuk. Ianya kemudian dipasang dengan aci sesondol Tomei Poncam yang bakal menyempurnakan kuasa jentera.

Tidak cukup dengan itu, sistem penyejukan udaranya dinaik taraf menggunakan intercooler dari ARC manakala penghantaran bahan api ke bahagian enjin menggunakan pam bahan api Walbro serta pelaras bahan api dari Sard untuk kelancaran yang lebih sempurna. Untuk memastikan enjin lebih selamat, Ibrahim memilih unit thermostat dari Nismo bagi mengawal kadar kepanasan dalam enjin. Gas karbon yang terhasil kemudian di hantar keluar melalui sistem ekzos titanium yang dipasang dari depan hingga ke bahagian belakang jentera.

Penghantaran kuasa liar itu dihantar ke roda melalui kotak gear 6 kelajuan manual lengkap dengan klac HKS plate berkembar.
Keselesaan pengendalian diserahkan kepada sistem suspensi boleh laras Tein Type HA khusus buat model GTR. Untuk kuasa berhenti yang lebih mencengkam, sistem brek asal masih dikekalkan dan dipadankan bersama pelapik brek dari Bendix Metal King agar berfungsi dengan lebih baik.

Ruang dalaman jentera masih kekal. Meter paparan utama adalah dari Nismo manakala di bahagian papan pemuka diletakkan deretan meter defi (boost, suhu minyak, tekanan minyak dan suhu air) untuk membantu pemandu memantau keadaan enjin dengan mudah. Selain itu, GTR itu turut dipasang dengan pengawal boost dari GReddy Profec.

Tentunya penampilan model tidak dilupakan. Ibrahim memilih kit badan lengkap Ztune di bahagian depan manakala bahagian hud pula dari model Ztune gentian karbon. Untuk lebih aerodinamik dan menawarkan kelancaran pergerakan jentera, spoiler Voltex gentian karbon dipasang di belakangnya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: