#KREATIF ~ Motosikal selam banjir ciptaan Faizol boleh dikomersialkan

Idris (kiri) tertarik melihat motosikal Faizol yang diubah suai sehingga mampu ‘menyelam’ dalam air.

BESUT - Sementara itu menurut Iskandar, ciptaan tersebut hasil inovasi terhadap sukan permotoran yang mendalam dalam diri Faizol dan rakan-rakannya sehingga membolehkan motosikal dinaiki meredah air sedalam sehingga satu meter.

Menurutnya, kreativiti itu boleh diteruskan untuk faedah orang ramai melalui proses penambahbaikan.

“Motosikal seperti itu boleh dikomersialkan malah ia dapat membantu masyarakat di kampung-kampung yang memerlukan satu jenis kenderaan yang dapat digunakan dalam pelbagai keadaan terutama meredah air bagi melancarkan urusan kerja harian mereka.

“Sekarang ini ramai penduduk tidak dapat pergi atau melakukan kerja kerana jalan terputus akibat ditenggelami air walaupun sedalam paras lutut tetapi sekiranya ada motosikal seperti yang diubahsuai oleh Faizol akan membantu mengurangkan masalah ini,” katanya.

Beliau juga mencadangkan pihak atasan dapat melihat hasil cetusan tersebut untuk memberi peluang kepada Faizol dan rakan-rakannya mengilap bakat mereka selain memberi pendapatan sampingan kepada golongan muda sepertinya ,” katanya.

Kebolehan Faizol turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk bertemu dan melihat sendiri hasil ubahsuai yang dilakukan lelaki itu di Kampung Apal, semalam.

Idris dalam kenyataan ringkasnya memuji usaha dan kreativiti Faizol yang mampu mengubahsuai motosikal Honda C70 boleh bergerak walaupun tenggelam hampir sepenuhnya.

“Saya yakin anak muda kita boleh melakukan sesuatu menakjubkan sekiranya mereka punyai usaha dan kemahuan yang besar untuk berjaya.

Golongan muda perlu menanam slogan 'tiada halangan hanya peluang, impian menjadi realiti' dalam diri masing-masing,” katanya.{SH}

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: