#MACAM-MACAM ~ Seorang Wanita Cari Lelaki Tawan Hati Dalam Pesawat

SEORANG wanita yang telah terkena `panahan cinta pandang pertama’ ketika berada dalam pesawat Ryanair dari London ke Dublin, kini sedang mencari lelaki misteri berkenaan.

Vera, yang berasal dari Berlin berkata, dia dan lelaki itu sempat bertentang mata ketika lelaki berkenaan mahu duduk di kerusinya.

Vera yang pemalu itu bagaimanapun berkata dia terlalu malu untuk meminta nombor telefon lelaki itu meskipun mereka bersembang sekejap ketika sedang menunggu bagasi.

Justeru dia meminta rakan-rakan Facebook dapat membantunya mengesan lelaki misteri terbabit.

Seorang Wanita Cari Lelaki Tawan Hati Dalam Pesawat

Dia menggambarkan lelaki itu berambut perang gelap, tinggi 5 kaki 11 serta memakai kemeja berwarna putih dan membawa beg kulit.

“Vera gembira untuk bertemu semula dengan lelaki itu yang menyatakan bahawa rakannya menunggu untuk mengambilnya ketika mereka menuntut bagasi. Itu sahaja,’’ kata rakan Vera, Leonie.

Sementara itu ketua komunikasi Ryanair, Robin Kiely berkata, adalan sesuatu yang menarik apabila dapat melihat penumpang bercinta antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: