#PASSWORD ~ '123456' Paling Popular Tahun 2016

DALAM dunia teknologi maklumat yang semakin maju, kata kunci merupakan elemen paling penting buat pengguna untuk memastikan segala data mereka adalah selamat.

Namun selepas 17 tahun menempuh zaman milenium, masih ramai pengguna teknologi memilih kata kunci yang lemah untuk melindungi akaun mereka.

Berdasarkan maklumat syarikat keselamat digital yang beribu pejabat di Chicago, Keeper Security, kata kunci '123456' merupakan paling popular digunakan sepanjang 2016, maklumat paling mudah digodam dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Keeper Security mengkaji lebih 10 juta kata kunci dan mendapati 17 peratus akaun menggunakan kata kunci lemah tersebut.

"Lihat kata kunci yang paling biasa digunakan sepanjang 2016, amat mengejutkan.

"Lebih mengecewakan, banyak pengendali laman web tidak mengingatkan pengguna agar menetapkan kata kunci yang paling sesuai untuk akaun mereka," " katanya pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Darren Guccione.

Kajian sama pada tahun 2015 mendapati, penggunaan kata kunci 'password' paling popular dalam kalangan pengguna tetapi kali ini kata kunci itu jatuh ke tangga kelapan.

Berikut adalah penggunaan kata kunci yang popular sepanjang 2016.

1. 123456

2. 123456789

3. qwerty

4. 12345678

5. 111111

6. 1234567890

7. 1234567

8. password

9. 123123

10. 987654321

11. qwertyuiop

12. mynoob

13. 123321

14. 666666

15. 18atcskd2w

16. 7777777

17. 1q2w3e4r

18. 654321

19. 555555

20. 3rjs1la7qe

21. google

22. 1q2w3e4r5t

23. 123qwe

24. zxcvbnm

25.1q2w3e

-mStar=

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: