#PELIK TAPI BENAR ~ Wanita cuba seludup kekasih keluar penjara guna beg bagasi

Antonieta Robles Saouda (kanan) cuba menyeludup teman lelaki, José Antonio Anzoátegui keluar dari penjara dalam sebuah beg bagasi. - Foto sumber Twitter

PUENTE AYALA - VENEZUELA. Seorang wanita ditahan selepas cuba menyeludup teman lelakinya keluar dari penjara.

Menurut laporan Yahoo News, José Antonio Anzoátegui sebelum ini dihukum penjara sembilan tahun lapan bulan kerana mencuri kereta.

Teman wanitanyanya, Antonieta Robles Saouda, 25, melawat beliau dan membawa beg tersebut bersama anak perempuan mereka yang berusia enam tahun di penjara.

Antonieta kemudian dilihat 'bersusah-payah' membawa beg tersebut ke dalam bilik penjaranya.

Pegawai penjara yang pelik dengan keadaan tersebut kemudian meminta Antonieta membuka begnya.

Mereka menemui José dalam keadaan baring seperti bayi dan dipercayai cuba diseludup keluar dari penjara.

Antonieta bakal didakwa dan anak perempuannya telah diserahkan untuk dijaga oleh badan kebajikan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: