#RENUNGAN ~ 2017 tahun penuh 'seksa' ibu bapa

Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tahun 2017 adalah tahun di mana ibu bapa terbeban dengan peningkatan kos perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana Alam Amanah, Mariam Abdul Rashid berkata, keperitan itu lebih dirasai oleh ibu bapa yang berpendapatan rendah dan pada tahap miskin yang mempunyai ramai tanggungan anak bersekolah.

“Kenaikan kos adalah dari pakaian, beg, kasut sekolah sehinggalah kepada kenaikan yuran dan tambang bas sekolah.

“Ini adalah kerana kesan daripada kejatuhan ekonomi negara dan kenaikan kos kehidupan pada tahun ini dalam masa yang sama cukai GST yang dikenakan di samping kenaikan harga barang-barang keperluan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, ada juga ibu bapa yang terpaksa membuat pinjaman peribadi bagi menampung kehidupan dan pembelajaran anak-anak.

“Apa yang menyedihkan, pemerintah langsung tidak menghiraukan derita rakyat malah mereka terus menerus dengan kehidupan mewah membelanjakan harta negara dan rakyat demi kepentingan peribadi.

“Keadaan menjadi lebih gawat ditambah dengan kejatuhan ringgit yang terlalu rendah merudum.

Justeru itu, katanya lagi, rakyat perlu bangkit dan wajib berubah untuk memilih pemimpin lebih telus, berintegriti dan beramanah serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Rakyat sudah cukup-cukup derita. PRU14 adalah masa terbaik kepada rakyat menggunakan kuasa mereka,” katanya lagi.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: