#SENSASI ~ Datuk Jamal Buat Gimik Rumah Urut Pula Depan SUK Selangor


SHAH ALAM - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos buat hal lagi di depan pagar Bangunan SUK Selangor hari ini.


Beliau muncul bersama- sama pengikutnya dengan beberapa buah katil serta mengadakan gimik urutan di rumah urut.


Menurutnya, setakat siasatan yang dilakukan oleh rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti di rumah-rumah kedai seluruh Selangor.

"Kedatangan saya di hadapan bangunan SUK hari ini adalah untuk memaklumkan pada orang ramai mengenai aktiviti perniagaan lesen rumah urut di Selangor ini.

"Selama 40 hari rakan-rakan NGO, sebanyak 4,000 rumah urut yang dikenal pasti pekerja-pekerjanya juga merupakan warga asing dari negara-negara jiran," katanya ketika sidang media di hadapan pagar utama bangunan SUK Selangor, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau turut berasa hairan apabila premis-premis ini sangat mudah memperoleh lesen untuk menjalankan perniagaan.

"Saya berasa pelik kerana perniagaan ini sangat mudah untuk beroperasi dan jalankan perniagaan mereka, sama juga isu dengan rumah judi.

"Sedangkan resort saya itu, sudah lima tahun saya mohon lesen perniagaan tetapi hingga ke hari ini masih tidak dapat," katanya lagi.

Sebelum ini, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik Jamal memandangkan resort itu menjalankan aktiviti tanpa lesen.

-Sinar online-

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: