#SENSASI ~ Mara gantung tugas Tan Sri Annuar Musa serta merta sebagai pengerusi

Annuar Musa. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa digantung dari jawatan Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuatkuasa serta merta hari ini.

Annuar digantung tugas daripada jawatan tersebut berikutan daripada isu tajaan bola sepak oleh PMB buat skuad Kelantan.

Jawatan Annuar akan dipangku oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob sehingga siasatan melibatkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu selesai.

Dalam pada itu, Annuar dilihat tidak turut sama dalam mesyuarat berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat Mara Kuala Lumpur kerana berada di New Zealand.

Perkara penggantungan beliau diakui sendiri oleh Tan Sri Annuar melalui status facebooknya.[SH]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: